ss_blog_claim=b2c8801cecb8aefe7201c97184ef9ab3 C++ Community of PSMZA: Perwarisan dalam C++

Sunday, April 27, 2008

Perwarisan dalam C++

Perwarisan adalah cara mengunakansemula kod yg telah dibina bagi suatu kelas yang sedia ada. Konsep ini sama seperti anak-anak mewarisi sifat ibubapa. Oleh demikian, anda boleh membina kelas yang mewarisi data ahli & fungsi ahli dari kelas yang sama. Kelas Asas adalah kelas yang sedia ada, manakala kelas Terbitan adalah kelas yg diterbitkan dari kelas Asas. Kelas terbitan mewarisi kelas asas.kaedah ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan tenaga. Cuma anda perlu tambah(sekiranya perlu) di data fungsi atau fungsi ahli dalam kelas terbitan.


Terdapat dua kondep perwarisan dalan C++:

1. Perwarisan Tunggal:

kelas asas <----kelas terbitan C<---- kelas terbitan B

2. Perwarisan Pelbilang

kelas terbitan A <-----Kelas B -----> kelas terbitan C


Sintak bagi perwarisan ialah:

class NamaKelasterbitan: penentu capaian Kelasterbitan
{

data ahli;
fungsi ahli;
}

*penentu capaian = private, public, & protected


contoh aturcara:

class Bentuk
{
private:
int unit;
public:
int ID;
Bentuk( )
{ cout<<"Saya adalah bentuk"<< endl;
}
};

class Bulat: public Bentuk
{
public:
Bulat( )
{
cout<<"Saya bentuk bulat"<< endl;
}
}

kelas bulat mewarisi secara public dari kelas bentuk. Oleh itu data dan fungsi ahli diwarisi oleh kelas bulat. Walaubagaimana pun data ahli (private) bagi kelas Bentuk tidak dapat diwarisi oleh kelas bulat.

No comments: